My March 08
April 1st, 2008 by hairi84- Right now I am in the middle of final examination. Four papers had left (only one I have confidence in passing) while another two is coming without anticipation on my part. Duh… To those who had just returned to earth from Mars, I am currently in 5th Year Syariah, di mana nikmat aku untuk menjawab exam dalam English telah ditarik balik, kerana final exam seme dalam bahasa Arab, and aku dah tak pernah angkat tangan mintak kertas extra cam dulu sebab aku tak tau apa nak jawab… Somehow okay je amek Syariah ni cuma aku rasa beban sikit sebab Bahasa Arab aku tak bagus. Thanks to Aneen sebab lead the class. Kalau takde Aneen susah kelas aku. And also to grup discuss aka merepek kat library – Syaq, Yan & Ain. Malas nak pikir sangat pasal exam ni sebenarnya… what could be the worst thing that can happen pun? Fail the exam shouldn’t be the end of the world. Lain la kalo aku pointer freak. Tapi mencirit gak ah nak jawab dengan Bank Negara kalo aku fail. Korang doakan aku yek? Tqvm.
- Interschool Debate dah semakin dekat. Dan aku (walau tanpa keredhaan) telah dilantik menjadi Programme Manager. Aku pun perasan Interschool kali ni tak kalut macam tahun tahun sebelumnya. Maybe sebab kteorang seme cam take it for granted kot sebab seme headcom bagi aku sangat mantap dan well-verse dalam keje masing-masing, especially Asst2 aku yang dulu yang telah aku hajar seme selok belok special task and aku ada full kepercayaan kepada diorang. Banyak dugaan yang datang kali ni – En Khir wont be around sebab gi umrah, platinum sponsor takde langsung tahun ni, so bajet memang kena cut gilergh #@%@, sekolah pun tak meriah sangat macam tahun dulu and macam-macam lagi coming soon. Aku hanya berdoa pada Allah janganlah di tahun aku pegang PM ni jadi tahun kejatuhan Interschool. Aku sudah mencuba and akan terus cubasampai abeh program. And buat sekian kalinya, Mun, -AKU TAK SUKA JADI PM! Wargh!!! Serious, tak bley rejoice!
- And aku nak kongsi sket citer yang membabitkan aku. Maybe ada member aku tak setuju dengan tindakan aku mencoretkan kat blog ni pasal citer ni sebab dah lama and tanak bangkitkan semula. Tapi saje nak kongsi moral of the story. Besides, aku kena update jugak pada member-member aku kat oversea yang slalu baca blog aku ni. Gini. Ntah mai dari mana timbul satu cerita bahawa aku telah offer seorang member kamcing aku Y (bukan nama sebenar) dengan harga RM50 untuk kami melakukan seks sejenis bersama-sama. (Still aku emos dengan member-member aku yang gelak sampai menangis kat NZ time aku citer mende ni kat korang) At first memang aku cam marah gak dengan citer ni, lelama aku tegelak sebab serious tak masuk akal. To the creative inventor of the story, jumpa di Padang Mahsyar ye.. and aku cam bengang gak ah dengan orang yang MENYAMPAI cerita ini walaupun dia tak tahu pun kesahihan cerita ini, just rely on baseless circumstantial evidence setakat mana kepala hotak dia bley observe dan make conclusion, such as – time training royal selalu berdua, and bila sorang takde, dua-dua akan takde, gi buat seks kot… huhu… bodo sial… point is, bila nko tak tau citer sebenar and takde bukti konkrit, tak payah dok menyampai la… tu namanya fitnah and kalo ikut hukum Islam, dah jadik cam Qazf… tanak explain panjang-panjang pasal mende ni, bukannya mereka tau @ nak amik tau pun. Kalo korang nak tau, aku ni tahu je pasal rahsia sesetengah orang dan rahsia itu memang crucial tahap gaban dan kalo aku sebarkan kat orang ramai, confirm career dan apa yang mereka bangga-banggakan sebelum ini akan menjunam sampai takde nilai LANGSUNG! (And kepada mereka yang aku pegang rahsia crucial mereka ni dinasihatkan tidak buat s#*% dengan aku la) And tidak seperti PARA PENYAMPAI ini yang takde bukti concrete, aku ada bukti – pictures them doing it, even video… boleh je aku post kat youtube ke, frenster ke… tapi aku tak buat… cukuplah aku tahu and aku matikan kat situ sebab aku tahu apa effect pada orang tu and aku tanak orang lain ada perspektif negative pada dia (why should we hate a perfect stranger relying on baseless gossip?). Even some of those people penah pedajalkan aku pun sebelum ni, still aku takkan balas dendam dengan membuat penyelongkaran ekslusif seperti yang dilakukan oleh PENYAMPAI ini… Moral of the story, kalau cerita itu tidak ada bukti, matikan sahaja conversation tu, jangan sampaikan pada orang lain. End. Malas nak sambung lagi. PENYAMPAI tu bukan akan berubah pun, I bet time dia tengah baca ni, mesti tengah justify depan monitor computer, tindakan dia tu berniat baik…(Tak, sebenarnya apa yang saya lakukan ialah… blab la bla… wuteva..) Esok kat padang Mahsyar kalo berani pegi lah justify depan Tuhan. Wuteva pun, kte jumpa kat akhirat nanti, k? C ya there!
- Ada junior yang tanya setelah aku clarify isu ni kat dia "OMG Abg Hairi. Kenapa tak clarify hal ni kat orang lain? Dah lama gell dah isu ni and dah ramai dah tahu." Jawapannya: "Wahai juniorku (takdelah aku cakap cenggini saja bagi dramatik), sometimes in situation like this we chose not to speak or clarify, not because we are afraid or malas, tapi sebab kita tahu siapa di kalangan kita yang betul-betul faham dan kenal siapa kita sebenarnya. And most importantly God knows what we did. And some people just never learn. If you were in my position, you’ll do the same."
- Aku bertanya - Why those jerks, back stabbers, bitches and morons had to be born at the first place? Serious aku tak paham dengan kelahiran sesetengah manusia kat dunia ni apabila tidak ada yang mulia pun keluar daripada mulut mereka. I kept on thinking and aku jumpa jawapan - Manusia- manusia seperti inilah yang buatkan kita realize siapakah sahabat-sahabat kita sebenarnya, those people yang akan support kita at these moments, dan kita akan lebih appreciate these people dalam hidup kita. To see the rainbow, we have to go thru the rain. Terima kasih kepada member-member aku seme yang memahami dan support aku. Again, thank you.
Setakat ni je dulu kot… banyak nak tulis… maybe later. TQVM for your time reading.
