Swatu Hari MEdical Chekup

Al Kisah maka tersebotla keysah ari ni ari Jumaat, 12 Desemeber, bersamaan berapa ar kalender Islam, aku tatau, pe nak jadi, aku ditakdirkan ke medical check up untuk keje dalam Bank Negara, Owh yea, pada member yang aku tak sempat nak gtau, aku ditawarkan post Senior Executive Department of Islamic Banking & Takaful Bank Negara Malaysia. Alhamdulillah… tapi tapi tapi tapi aku lom la nak canang dengan yaqen sebab ada satu prosedor yang vital, even kalo anda di offer ganti Kak Zetti tapi anda tak lepas prosedor ney, you can say bai bai to Bank Negara - medical check up… and malangnye aku kantoi medical check up tadi… ngong tol..

Medical check up untuk tujuan employment ke, sambung study ke.. ada mende yang korang kene take note agar tidak jadik cam aku… contohnya:

1. Pastikan mereka yang tidak biasa/tidak suka/benci giler/boikot/tiada pengetahuan apa itu seluar dalam, korbankan segala ketidak selesaan itu dan pakailah kerana ada sesi membuka keseluruhan pakaian kecuali seluar dalam… bayangkan jika anda tidak berseluar dalam hari itu… horror!

2. Bagi yang pakai lense, pakai jek la spek jap… tapi aku special case sebab spek aku patah… kena pakai lense…

3. Okay yang paling penting, elakkan makanan manis or whatever yang tak sehat sebaik-baiknya tiga hari sebelum… sebab aku minum air F&N Oren semalam, so ketika urine test, aku tak lepas sebab kandungan gula tinggi… so doktor bebel sket n suh aku datang balik esok.. takke bwang masa je..

Sekian…

Leave a Reply