Archive for January, 2007

Oh Mother…

Wednesday, January 31st, 2007

Tadi aku nengok persembahan Kak Ana dengan ceritanya "Kerbau Balau & Anak Dara 7 Orang". Nengok kat henset Daud. Berguling-guling aku gelak atas katil. Lawak gell, siap dengan gaya budak pertandingan bercerita masa sekolah rendah lagi (teringat aku wakil sekolah dulu sampai national lvl tapi kalah..)Cumel gell. Hehe..

Debat Integriti dah nak dekat dah, hari Jumaat ni dah ke sana. Tak kira lah jadik simpanan ke, jadik hape ke, aku tetap chuak. Takut aku yang wat spoil. But to tell the truth I never take this for granted.

Test minggu depan siap ada 3 paper lagi, tau! CPC, Usl Fiqh 3 & Evidence. Biler habis debat terus ngadap paper, biler nak membacanya? Kononnya berharap jadik simpanan, so masa debate tu bley ar aku jengah note… tapi pikir balik, kalo jadik simpanan pun mesti panas jek bontot aku tak senang duduk, nervous sah sah la tak bley concentrate. Tapi aku tak penah nyesal masuk debate ni. Debate ni ajar aku untuk bagi self confidence sket, jangan asyik down je dengan kelemahan diri.. sometimes kita kena value and appreciate our achievement walau tak besar mana… cheh pandai jek cakap, sat gi kang aku yang down tak pasal-pasal… ini la penyakit aku, kengkadang rasa down tak semena-mena pikir bukan-bukan… apa nak jadik dengan aku ni…

Citer pasal mak kerbau, teringat mak aku… hei! aku bukan cakap mak aku kerbau! ke situ plak!!

Sekarang ni hanya mak aje yang aku ada…  selain adik beradik aku lah… arwah abah dah takde.. dah la tiap tiap malam aku mimpi arwah abah… rindu sangat kot…tapi bila aku renung semula, dengar cerita member-member aku pasal mak memasing yang banyak cekadak & songel, aku rasa mak aku ialah mak yang paling best skali…. aku tak penah rasa malu bawak member aku jumpa mak aku sebab aku tahu mak aku boleh bagi the best hospitality dia bley bagi hingga orang rasa comfortable… cuma kengkadang dia tu sengal sket la cam atuk aku… sengal tu maknanya kuat loyar buruk… sekang akak aku dah inherit perangai sengal itew… kengkadang geram aku kat umah tu, aku cakap sket dia diverge isu lain… konon lawak la tu… tak lawak pun… sebab aku mangsanya… kalau bukan aku yang jadik mangsa, mungkin jadik lawak kot… apa aku cakap ni? wakaka!!

tadi dalam kelas aku lupa silence phone, mai mesej from dianne masquerade, bunyik kuat gell lagu sound of music tu - leyeooleyeooley heee hooo!! malu aku!! lepas ni kena pastikan silence!

nkorang yang rajin baca blog aku yang serba rendah diri ni, doakan aku ye, untuk hari mendatang.. time kasih…

mende ntah!

Friday, January 19th, 2007

Ini post first aku ke agaknya utk 2007? Ah lantaklah apa bezanya pun tahun ke tahun.. Saje je nak tulis sebab dah lama tak tulis kat blog ni.. sekarang ni sejak uia dengan banggangnya block frenster, aku dah malas nak update blog, tulis diari je kat bawah bantal.. klasik siot..hehe.. sekang tgh cuti seminggu utk study ble naik cuti ada exam… tapi aku tak balik sebab ada debat integriti… satu team dengan izat, kajol n mumu… main team - jep, husna, abg boi n nana… harap-harap salah satu team bley champ.. cantik sket sebagai pembukaan tahun 2007… aku akan cuba yang terbaik.. takut jugak kalau aku yang wat spoil.. bukan takut jugak.. takut sangat… mengharapkan bantuan seme coach and friends.. tunjuk ajarku sifu..kena lengkapkan diri dengan mental and physical strength.. utk menghadapi mcm2 bende nanti… mana nak tau kena pedajal lagi macam debat perpaduan… mintak dijauhkan tuhan..

yang dok dekat dekat sini, mai la masa training - boy, adira.. tulun aku ni ha… takut!!!