Archive for September, 2006

Happy 22nd Birthday to me!!!

Saturday, September 16th, 2006

Sempat gaks aku curik masa tulis blog nih.. juz wanna say thanks you to those who wish me happy birthday by any means under the sun: sms, phone calls, testimonial frenster, face to face & also nyanyian dalam telepon.. u guys are soo damn sweet!

Tahun ni mencipta rekod celebration paling banyak yang aku terima.. first sekali surprise party kat warong yang nasik thai dia tak sedap gell oleh Shamz and pertners.. diorang konvoi kereta reramai nak gi tengok bapak aku.. tehn masa stop kat warong nak bukak posa, tetiba jek Firah & Najib datang bawak kek secret recipe cheese yang sangat sedap! LEpas tu nyanyi reramai kuat2 kat warong tu.. thanks a lot, u guys! Murnie, Salwa, Schu, Fira, Sasha, Hudazac, Azem, Fahd, & Najib!! Thanx a lot!@! Moga Allah balas saja nkorang…

Second celebration plak oleh Kak Dayang yang telah belanja aku satu slice kek Indulgence oleh Secret Recipe, Arina dengan Macadamian Nut oleh Famous Amos, Hot dengan jam sotong berwarna merah jambu yang sangat kiut, dan BB dengan menceriakan suasana hari itu. Diorang pun nyanyi kuat gell kat Food Court Sogo tu sampai aku tergelak. Makan memacam aku pun rasa loya masa nak balik.. tapi takde la kronik cam BB.

Third celebration plak malam tu, bila aku balik bilik je ada hadiah atas katil, pemberian Mumu & Ejay!!! Thanx!!! Diorang bagi aku jaket jenama snails yang cantik gell!! Stailo beb!! Bile aku masuk bilik je, diorang terus tiup mende-mende bising tu and letupkan benda yang macam mercun tuh.. Hot plak interfrem sekali lagi dalam celebration ketiga dengan bawak kek yang ada empat lilin atasnya.. sayang tak dapat duduk lama-lama dengan diorang sebab time tu abang ipar aku tgh tunggu kat luar…

All that I can say is that, dengan condition bapak aku yang takde major improvement, aku sangkakan inilah the worst birthday memory I ever had in life, but these people made me feel that life is not that bad. Thanks a lot everybody…

When the greatest and the worst coincide..

Monday, September 11th, 2006

12 ANGRY MEN

Kategori : Teater
Tarikh : 19 - 21 Sep 06
Masa : 8.30 Malam

Sinopsis

12 Angry Men karya Reginald Rose merupakan teater jurisdiksi yang mengumpulkan 12 orang juri dengan personaliti yang menarik dan berbeza. Dalam kamar mahkamah jenayah, kes pembunuhan kelas pertama ini adalah kes yang paling serius. 12 orang juri telah dikumpulkan untuk mencari satu keputusan untuk hukuman yang bakal menentukan nasib seorang remaja. Dia telah dituduh membunuh bapa kandungnya, seorang yang kejam dan agresif.

Walau bagaimanapun, perdebatan itu menjadi lebih tegang kerana sebahagian juri menjadikan pengalaman dan pandangan peribadi mereka sebagai asas untuk meletakkan hukuman. Ini menghalang pemikiran intelektual mereka menjadi lebih rasional. Selepas 6 hari mendengar hujah-hujah peguam dan saksi, 11 orang juri mengundi bersalah, tetapi seorang juri merasakan ada keraguan yang munasabah. 11 orang juri lain kecewa dengan keputusan ini kerana ianya telah menghalang mereka mencapai keputusan dengan segera.

Satu-satunya juri ini telah menggunakan pengetahuan yang dalam dan daya pemikiran yang tajam untuk membuat kesimpulan. Dia menganalisa setiap bahan bukti dan mengambil kira semua hal, sekecil manapun di mata orang lain. Akhirnya, mereka sedar bahawa hal-hal kecil yang tidak diendahkan sebelum ini telah membawa mereka kepada penemuan yang tersembunyi yang mungkin bakal menyelamatkan nyawa seorang remaja yang tidak berdosa.

Senarai Pelakon

Mohd Azhari b. Mohd Sirat
Mohd Faiez Jauhari b. Mohd Jamil
Mohd Hairi b. Mohd Tahir
Nik Khairul Adli b. Nik Rasdee
Sarafuddin Abdul Syahid Sowell Andrew Jackson Sowell
Ahmad Helmi b. Shaharuddin
Mohd. Ezamir Azral b. Mohd. Azrul
Eizat Shahputra b. Ikram
Adam b. Mansor
Shahrul Anuar Othman
Mohd Afiq bin Jani
Nor Afiq bin Abdul Hamed
Mohd. Izuddin Mohd. Basri

Tarikh Persembahan
19-21 September 2006

Masa Persembahan
8.30 Malam

Tempat Persembahan
Lambang Sari, Istana Budaya

Harga Tiket
RM10, RM20

Pembelian Tiket
BOX OFFICE, Istana Budaya
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Telefon : 03-4026 5558
Faks : 03-4026 5552
E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my

Tempahan Tiket (Melalui Telefon)
Telefon : 03-7710 0211 (Hotline)

Tempahan Tiket (Secara Online)
www.ticket2u.biz

Penganjur
MASQUERADE PRODUCTIONS
(001617618-D)
LOT 8, JLN CHANGKAT, KG. SIMPANG TIGA,
BATU 6 3/4, 53100 KUALA LUMPUR

jenguk lah: http://www.istanabudaya.gov.my/

I consider this as one of the greatest thing that ever happens to me… but why must sth else took away the joy of it? Thanks to Daud, Ejay, Mumu & Kak Dayang for helping me going thru it every night. And also to BB for laying down all those fun things that made me forget the disaster. but no matter how endlessly i laughed with all your jokes, at the end of the day, I’ll remember those things.

Pray for my dad, he’s in critical condition. Up to a point he didn’t respond when I called him “abah…”