Inilah tenaga pengajar untuk Akademi Fantasia 4 yang akan berlangsung bermula Mei ini…
Pengetua: Ramli Sarip
Persoalan dan teka teki siapa yang bakal menerajui Akademi Fantasia 4 telah lama terjawab. Siapa lagi yang layak, kalau bukan Ramli Sarip. Dikenali juga sebagai Papa Rock Malaysia, kredibiliti beliau memang tidak boleh dinafikan dan boleh dilihat dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi beliau dalam industri seni seawal 1969. Antaranya:
1. Penerima Anugerah Kecemerlangan Artistik 1998 Composers & Authors Society of Singapore
2. Artis Terbaik APM 2003 & Anugerah Khas APM 2005
3. Penglibatan dalam World of Music, Art & Dance 2000, Rainforest World Music Festival dan Rentak Asia.
4. Mempunyai 10 Anugerah Platinum & 12 Anugerah Emas untuk jualan albumnya.
5. Penglibatan dalam Asia Rock Concert.
6. Penglibatan dalam Langkawi International Festival of Arts 2000
Guru Persembahan Vokal - Ajai
Ajai bakal menggantikan Adnan Abu Hassan kali ini. Kita semua tahu Ajai memulakan karier seninya dengan kumpulan Exists dan telah merakamkan beberapa album bersama isterinya, Nurul (siap menang lagi Juara Lagu yang kontroversi tu..) Bagi sesiapa yang mempertikai kredibiliti beliau, pencapaiannya dalam bidang seni akan menjawab segala persoalan:
1. AIM - Lagu Terbaik 99, Album Terbaik 2003, Lagu Terbaik 2004, Album Pop Terbaik 2004 & Album Terbaik 2004.
2. Juara Lagu - Kategori Balada 2000 & 2001 & Juara Lagu 2003
3. Juri Juara Lagu 2005
4. Beberapa Anugerah ERA, Anugerah Bintang Popular & Anugerah Industri Muzik
5. Antara lagu ciptaan beliau - Aku Cinta Aku Rindu, Kesetiaan, Selagi Ada Cinta dan Hati Ini Telah Dilukai.
Guru Vokal Teknikal - Syafizawati
Pertama kali aku melihat namanya dalam senarai, antara persoalan yang bermain di minda - Siapa ni? Beliau bakal menggantikan Cikgu Siti Hajar. Pencapaiannya dalam bidang seni sepanjang penglibatan:
1. Merupakan pelajar di Akademi Seni Kebangsaan dan lulus dengan cemerlang dalam Diploma Seni Muzik (Major Vokal & Susunan) 2001… aku SPM masa tuh…
2. Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari UK, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik.
3. Pernah menyumbangkan suara untuk Konsert Syarifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan.
4. Jurulatih vokal untuk Nurul, Rabbani & Amy Mastura… Rabbani?
5. Telah menyumbangkan ilmunya untuk Classicom Vocal Center & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru Drama - Fauziah Nawi
Aku teringin sebenarnya nak belajar teater dengan Fauziah Nawi. Daripada apa yang aku dengar, dia ni guru yang sangat dikagumi. Cuma garang sket. Aku percaya tiada siapa yang akan mempertikai kredibiliti beliau yang bukan sahaja mantap sebagai guru, juga sebagai pelakon. Pencapaiannya:
1. Memulakan karier sebagai Juruhebah Radio RTM dan pernah dianugerahkan sebagai The Most Versatil Broadcaster RTM.
2. Pengasas Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI)
3. Teater arahan beliau: Dari Bintang ke Bintang 1 dan 2, Opera Ayu Cendana dan Muzikal Tok Rimau.
4. Pemenang Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (Sayang Salmah) & Anugerah Seri Angkasa untuk drama tv Mendung Tidak Berarak Lagi.
5. Lakonan beliau begitu berkesan dalam Pondok Buruk dan Rumah Di Tengah Sawah.
Guru Seni Tari - Linda Jasmine
Sejak dari Akademi Fantasia 1 lagi beliau telah memegang jawatan ini. Trademark yang paling orang ingat sekali - 5! 6! 7! 8! Pencapaian beliau:
1. Menamatkan pengajian dalam balet klasik , moden & tarian ‘tap’ dari Royal Academy of Dance, England.
2. Telah membuka Linda Jasmine Performing Arts Studio bersama-sama dengan Vince & Kakaknya, selaku pengetua dan Pengarah Urusan.
3. Selalu menjadi penghias majalah-majalah komersil seperti Glam, Radiance, Mingguan Wanita, Rapi dan sebagainya. Juga menjadi model iklan-iklan tempatan ketika awal 90-an.
4. Pernah muncul dalam klip video beberapa artis di luar negara.
5. Selalu mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.
Guru Rekatari - Corrie Lee
Corrie Lee pernah menjadi antara tenaga pengajar ketika Akademi Fantasia Musim Kedua dan personally, aku suka step Menuju Puncak Musim Kedua berbanding dengan musim-musim lain. Pencapaian beliau:
1. Bergiat dalam bidang tarian ni sudah 15 tahun sejak memenangi Peter Stuyvesant Dance Competition 1995.. hehe aku darjah 5 time tuh.
2. Memenangi Big 2 World Dance Championship 1999 di Filipina.
3. Menjadi guru tari peribadi untuk Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Anuar Zain & Farah.
4. Iringan persembahan artis-artis tempatan dan luar negara seperti Anita Sarawak, Jordan Sam dan Jeffrey Cheang.
5. Juga pernah melibatkan diri dalam bidang lakonan, paling jelas sekali ialah PHSM, yang jadik orang jahat tuh..
Pengarah Muzik & Guru Muzik - Sham Kamikaze

Hmm.. apa nak citer pasal mamat nih.. a guy which many girls just have crush on. Dah la terer main gitar. Tapi penglibatannya dijangkakan lebih banyak di sebalik tabir.
1. Bermula dengan Kamikaze, telah menghasilkan 3 album dengan kumpulan itu.
2. AIM - Album Rock Terbaik untuk Album Kontroversi.
3. Pernah mengiringi persembahan artis-artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar & Syafinaz. Tidak lupa, bebudak Akademi Fantasia.
4. Pernah menjadi Pengarah Muzik untuk rancangan-rancangan muzikal seperti Dari Studio Satu, Anugerah Seri Angkasa 2006, Misi Suara Hati, dan Konsert Akhir Akademi Fantasia 3.
5. Merupakan jurucakap untuk gitar jenama Fender,
6. Pernah terlibat dalam rancangan Kanak-kanak terbitan Astro Ria.
Perunding Motivasi - Dr. Fazley
Dengan harapan, Fazley tidak akan jadik konpius dengan statusnya sebagai seorang artis kerana kehadirannya dalam Akademi Fantasia 4 ialah sebagai Perunding Motivasi. Jangan jadik macam AF3 sudah la.. asyik gaduh jek… Anyway, pencapaian beliau:
1. Pemegang Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan dari European Business School UK dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang Di London, spesifiknya University of London.
2. Merupakan Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Putra World Trade Centre.
3. Juga merupakan Pengarah Eksekutif Fazley International College.
4. Juga ialah Pengarah Urusan Seri Anjangsari Production Sdn Bhd.
5. Telah melaksanakan tugas-tugas motivasi di beberapa buah sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Penasihat Pemakanan dan Kecergasan - Kevin Zahri
Adakah kehadirannya di dalam Akademi Fantasia 4 ini sekadar eye candy untuk menggantikan Mahani Awang? Setakat aku sembang dengan member-member, ramai jek yang sibuk mengusha mamat ni. Kang tak pasal pasal plak ada AFUNDI Kevin Zahri.. By the way, dengar kata vote SMS dah naik RM1.00. Giler ke Astro ni? Anyway, back to Kevin Zahri:
1. Mendapat pendidikan dari Northeastern University Boston dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Ekonomi.
2. Pengasas kepada Maxtrition SB iaitu sebuah syarikat yang menawarkan produk kecergasan dan pemakanan serta servis kepada pengguna dan syarikat korporat di Malaysia.
3. Juga merupakan Penulis Kesihatan dan Kecergasan untuk Men’s Health dan Majalah UMPH.
4. Beliau juga merupakan hos rancangan "Gaya Hidup Sihat" di TV2.
5. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Web dan Multimedia di Proton Holdings yang merekabentuk dan membangunkan portal dan aplikasi pembangunan Proton.com.
Pengkritik Tetap - Adlin Aman Ramli
Beliau yang akan menggantikan tempat Kudsia Kahar sebagai pengkritik tetap dan aku mengharapkan beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya dan tidak membuka ruang untuk orang mengatakan bahawa dia bias. Sedikit info tentang beliau:
1. Sudah melibatkan diri lebih daripada 10 produksi teater.
2. Lebih dikenali sebagai Sultan Melaka dalam Filem Puteri Gunung Ledang.
3. Memenangi Pelakon Lelaki Terbaik untuk Pekan Teater Kuala Lumpur.
4. Selain PGL, beliau telah muncul dalam banyak filem antaranya Paloh, Buai Laju Laju, Jogho, Gangster dan yang terkini ialah Gubra arahan Yasmin Ahmad.
5. Teater lakonan beliau iaitu Alang Rentak Seribu dan arahan bersama beliau iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia teater tanahair apabila dipentaskan dengan jayanya.
Hos - Aznil Hj Nawawi
Beliau merupakan satu sebab kenapa aku menonton Akademi Fantasia (please exclude the drama at the last part). Dan beliau juga telah berjaya membuatkan mak aku kat umah tu tergelak dan happy biler menonton Macam Macam Aznil. Kalau Aznil meninggalkan Akademi Fantasia, entah entah aku pun dah tak ambil kisah lagi.
Beliau sudah menjadi pengacara nombor satu Malaysia. Tak mahu aku menulis segala pencapaian beliau kerana sebagai pengacara, Aznil is number 1!!