Understanding… That Ain’t Easy
Saturday, March 25th, 2006Bulan lepas, aku ada mengikuti kursus Pementasan Teater, dua orang speaker itu memang menjadi aspirasi dan inspirasi untuk aku - Kak Fin dan Kak Ani. Kak Ani memang tidak asing lagi dalam dunia teater ni, dan setakat yang aku tahu, dia ni juga merupakan cikgu teater kepada pelakon Zulhuzaimy. Dia mencadangkan kami menubuhkan Production House sendiri dan beliau yang akan membimbing kami semua. Akhirnya, beliau mencadangkan kami mementaskan teater Inggeris bertajuk 12 Angry Men, mengisahkan dua belas orang juri yang bertelagah sama ada untuk membuat keputusan sama ada seorang remaja berusia 18 tahun bersalah atau tidak kerana membunuh bapanya. Jalan cerita teater ini memang mantap dan pernah difilemkan (menurut Syatir yang pernah menonton filem itu) dan juga menurut Nizam (yang mengatakan filem ini dinobatkan sebagai top 10 filem terbaik). Tak sabar rasanya nak tunggu. Aku kurang pasti, tapi katanya aku menjadi juri nombor 8. Watak itu cukup mencabar bagi aku dan aku masih tak nampak mengapa Kak Ani mengatakan juri nombor 8 itu sungguh sesuai dengan aku.
Tapi aku ada lagi satu kewajipan iaitu untuk membimbing team mock trial tahun ini. Aku sebagai stage directornya. Perkara yang paling aku takuti ialah pertembungan latihan antara Pementasan 12 Angry Men itu atau Mock Trial. Sebenarnya aku telah bersetuju untuk menjadi Stage director mock trial ni terlebih dahulu sebab aku tak dapat foresee peluang keemasan beraksi di Istana Budaya, perkara yang betul-betul aku mahu dalam hidup ni. Dan aku harap mereka yang berkenaan cuba memahami.
Aku tidak akan meninggalkan Mock Trial, itu sudah pasti, kerana dulu aku pernah berjanji. Apa yang aku perlukan ialah kalian cuba faham, pementasan ini merupakan peluang sekali seumur hidup untuk aku.