OVERVIEW…
Berdasarkan apa yang aku lihat, jua apa yang aku rasa, penyingkiran Fuad pada malam itu seakan-akan sudah dijangkakan dan ramai yang bersetuju dengannya. Mana silapnya Fuad? Suara elok dah. Showmanship mantap jugak. Mereka yang setia menonton Diari setiap hari mungkin mampu menjawab persoalan ini. Tapi aku yang tak dapat tengok diari pun boleh berasa sedikit meluat dengan perangai Fuad. Terbukti, untuk menjadi ikon dunia hiburan, bukan sahaja perlu ada suara yang power, tapi mesti ada good personality dan attitude; dan ini yang gagal Fuad tonjolkan untuk meyakinkan semua untuk mengundinya (walaupun aku sendiri tak mengundi… takde kejenye..)
Pengkritik minggu ini (selain Kudsia), Shaharudin Mustafa (saper nih?) dan Afdlin Shauki.
Satu benda yang paling kritikal tentang Akademi Fantasia 3 ini ialah wardrobe! Kroniknya pakaian budak-budak ni. Paling malang sekali Akma. Minggu lepas Amy.
EVALUATION…
MARSHA - LELAKI IDAMAN 3.3
What else that she doesn’t have? She got own powerful voice. she got own attitude yang tidak menjengkelkan (pada mata aku) dan she got good communication with audience and camera. She got showmanship. Bagi aku pakej dia lengkap tapi dia perlulah pandai menggunakan kesemuanya. Problem with her that night is she chewed her words dan banyak yang tak berapa kedengaran. She’s also nampak tak berapa konfiden dengan stepnya menyebabkan tarian macam tak berapa menarik. Overall, she did very well sebab pada mulanya aku tak expect dia boleh bawak lagu lain selain Ingin Bersamamu.
AIDIL - NAK DARA MERINDU 2.8
Firstly aku kena tabik spring kat astro sebab idea bagi itam putih and props tu; memang brilliant. Dapat feel cam filem lama. Tapi feel aku itu dimusnahkan oleh Aidil ni sebab dia hanya nyanyi jek tanpa utilize beg ngan basikal tuh. Sentuh sikit pun tak. (I agreed with SM n Klubbkidd). Ekspresi kurang, penghayatan kurang… tapi the good thing is that dia hanya nyanyi ikut cara dia, tak mencuba sesuatu yang mungkin akan merosakkan persembahan dia. I should say persembahan kali ini okay la than his first two performances.
AMY - ASMARADANA 2.9
Haiyoo… ini lagu tema PGL, bukan Pontianak Harum Sundal Malam! Tapi ekspresi Amy macam Pontianak Gunung Sundal Ledang la.. Gerak tangan macam puteri tapi jeling cam pontianak. Silap la!! Bermula dengan tarian yang cukup baik dan mantap. Tapi bila dah mula bernyanyi je, lenggok tangannya kaku, tak sharp, dan aku rasa cam buruk. Kawalan suara dia okay bagi aku tapi tapi kalau korang perasanlah, dia banyak tersalah lirik (M. Nasir tak marah plak!) Untuk malam itu, persembahan Amy kira okay dan survive. Dia kena work real hard sebab dia dah mensia-siakan dua peluang yang telah diberikan dulu. (Kesilapan ketika membawakan lagu Falling dan Sesalan)
REZA - MUNGKIN NANTI 3.1
Sorry la kat Kak Ana, tapi aku memang benci kat attitude mamat nih. Bila chatting, ramai gak rupanya yang menyampah dengan mamat melatah ni. Ramai je orang pakat nak kuarkan dia minggu depan dan aku sokong. Nyanyiannya okay, tapi seakan meniru sedikit penyanyi asal. No doubt suara dia okay, sedikit shaky masa permulaan. Showmanship dia aku terpaksa akur - okay sangat. Interaction dengan penonton memang superb. Aku rasa, mamat nih boleh improve lagi, tapi bagi aku, apakah gunanya? Aku dapat strong instinct dia akan kuar minggu depan.
P/S: Astro! Tolong lah bagi dia lagu lain? Lagu indonesia memang suit dengan dia. Cubalah uji dia dengan lagu lain.
YAZER - SUATU MASA 3.5
Penghayatan dia kali ini memang amat superb! Nyanyiannya sampai ke hati aku. As if macam dia ikhlas menyampaikan lagu itu. Tersentuh aku. But aku rasa semua orang notice kot yang ending tak berapa best sangat. (kenapa dia buat muka cam tuh?) Aku menanti, bilalah agaknya astro nak bagi dia lagu jenis lain untuk uji kemampuan dia macam pelajar-pelajar lain.
KEFLI - KEINDAHAN PANTAI 2.8
Persembahan yang paling happening kot malam tuh. Sorry to say lah, masa dia perform, aku n geng asyik tertumpu kat Mawi sambil gelak-gelak nengok gelagat Pak Lawak tu. Vocally, mamat ni sangat rapuh. Sengau sket. Dahlah stamina tak berapa kuat. Perasan lah jugak dia tercungap-cungap. Average & Competent. Dan yang bestnya, dia nampak totally enjoy himself atas stage tu.
AMYLEA - ANGGAPANMU 3.8
At the first place bila aku dapat tau dia dapat lagu Ziana which some people worried might kill her, aku takde rasa bimbang pun sebab bagi aku dia sure boleh bawak punya. Terbukti! Performance dia paling bagus sekali malam tu. Lontaran suaranya terkawal dan cantik. Mula-mula kedengaran macam dia tiru style Ziana, tapi bila aku cuba dengar betul-betul, actually dia berjaya bawakan lagu ni dengan cara dia tersendiri. Tapi movement dia kat stage tak berapa smooth menyebabkan nampak tak cantik penggunaan pentasnya. (Take Akma - Cahaya as a good example of smooth movement on stage) Overall, she’s great!
FUAD - GERIMIS DI LAUTAN 3.2
What’s wrong with this guy (as a singer)? He got a good voice, good communication with audience dan camera, he got a superb showmanship, penghayatannya amat bagus, he got his own style and attitude in singing. I shall say personalitinya kot yang membuatkan beberapa lapisan masyarakat (termasuk aku) berasa kurang senang dan mahu dia keluar dari akademi. All I can say here, persembahannya amat mantap, lengkap daripada setiap sudut, tetapi atitud dan personalitinya membuatkan orang lain enggan menghargai apa jua yang cuba dibawakannya.
AKMA - LAGU RINDU 3.0
Why on earth was her hair like that? Listen, orang ramai komplen, kononnya Akma ni has it all but not x-factor. Satu cara untuk Akma ni dapatkan x-factor ialah dengan dress up n make up bagi serlahkan beauty in her. Setakat dua konsert yang lepas, she looked sooo normal. Tapi konsert kali ini memusnahkan segala-galanya (especiallu rambut yang ntah apa-apa tu). Okay, maybe she did very well last week dengan Cahaya. But not this week. I know she can do much much better than that. Permulaannya agak shaky, tapi konsisten sehingga akhir. Kalau perasan, ada jugak part-part yang terkucil sedikit tapi orang tak berapa notice kot. Seriously kena work out sebab dengar dia tercungap-cungap. Aku takut sangat dia terkeluar.
FELIX DA CAT - MEMORI BAHAGIA 3.2
Cam besa lah mamat ni, penghayatan aku bagi 1/10 sebab ekspresion cam tak sempurna. Muka pun cam bosan jek. Not his best performance la. Falsetto (betul ke aku eja ni?) memang hampeh tahap cipan! Tak masuk! Kaku itu memanglah kaku. Tok sah cakaplah. Anyway, he did his best.
EKIN - MIMPI SEDIH 3.2
Terus terang, aku rasa bosan sebab lagu Mimpi Sedih ni aku tak pernah dengar. And the fact that aku menunggu-nunggu performance Mawi, aku takdelah pay attention to her performance. Tak adillah pulak kalau aku bagi review cam tu je. Kalau korang nak tau, pergilah baca blog-blog terkemuka yang membuat review untuk konsert ketiga ini.
MAWI - GADIS MELAYU 3.6
Benda pertama yang buatkan aku n geng tergelak macam nak gila depan tv kat cafe uthman ialah banner support untuk Mawi yang ditulis dalam jawi (tengok ah gambar tu). Persembahan daripada Mawi memang yang aku tunggu-tunggu sebab nak nengok sama ada dia boleh cover balik ke tidak mistake dia pada minggu lepas. Ternyata, dia berjaya cover balik. Aku kagum dengan keterbukaan Mawi. Kali ini persembahan dia memang baik. Interaksi dengan member-member lain atas stage memang perfect tapi sayang, sebab takde langsung interaksi dengan camera (kalau ada pun, yang aku tak perasan.) Penggunaan pentas pun okay. Tapi bagi aku kalau dia nak survive; what am I saying? He IS gonna survive in this game. Rephrase: kalau dia nak bagi orang lain rasa dia memang patut dan layak survive dalam pertandingan ini, Mawi kenalah improve nyanyian dia. Lontaran suara rasanya dah okay. Tapi aku rasa cam ada yang tak kena. Overall, aku memang totally terhibur dengan persembahan dia.
IDAYU - CURIGA 3.7
Ngak bisa dinafikan vokal minah ni memang power tahap melekat kat dinding. Showmanship pun okay. Tapi aku harap lepas-lepas ni bagi lah lagu jenis lain kat dia ni supaya nampak versatile. Thank God, persembahan kali ni memang dapat cover balik kebosanan persembahan dia last week.
P/S: Bukan main seronok Nashi yek.. Asyik main SMS, mesti AFUNDI Idayu.. dah la sekampung)
RESULT BY VOTERS: FUAD
Keputusan yang aku boleh terima dengan hati terbuka sebab sedari awal lagi aku harap sama ada Fuad atau Reza yang layak keluar dari akademi. Aku tidur dengan lena - a good concert and a good result.
OVERALL…
AMYLEA - ANGGAPANMU 3.8
IDAYU - CURIGA 3.7
MAWI - GADIS MELAYU 3.6
YAZER - SUATU MASA 3.5
MARSHA- LELAKI IDAMAN 3.3
FELIX DA CAT - MEMORI BAHAGIA 3.2
EKIN - MIMPI SEDIH 3.2
FUAD - GERIMIS DI LAUTAN 3.2
REZA - MUNGKIN NANTI 3.1
Akma - Lagu Rindu 3.0 3.3
Amy - Asmaradana 2.9 3.3
Kefli - Keindahan Pantai 2.8 3.3
Aidil - Nak Dara Merindu 2.8 3.3
Thank you photo : www.astro.com. Kalau nak review mereka yang lebih profesional, lawatilah www.sultanmuzaffar.blogspot.com & www.klubbkidd.blogdrive.com!